Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM)

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan kini dinaik taraf kepada status universiti dan secara rasmi dipanggil Jawatankuasa Etika Penyelidikan Kemanusiaan Universiti (JKEUPM).
Maklumat tambahan untuk penyelidik: 

JKEUPM mengiktiraf kelulusan etika daripada Jawatankuasa Etika yang lain. Sebagai contoh kelulusan yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan universiti-universiti lain, dan yang diiktiraf oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK); maka, dengan itu, pelepasan etika yang berasingan dari JKEUPM tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika projek penyelidikan melibatkan pelajar (sarjana/pascasiswazah) sebagai sebahagian daripada projek tesis mereka, maka diperlukan pelepasan etika JKEUPM.

Segala pertanyaan dan proses permohonan mengenai Etika Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) boleh terus menghubungi Seksyen Etika Penyelidikan dan Pengurusan Kualiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.