Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik

Program Bacelor Kejururawatan di UPM mula ditawarkan pada tahun 2004 dengan mengambil pelajar lepasan diploma kejururawatan dan jangkamasa program adalah selama 2 tahun. Bermula September 2012, program Bacelor Kejururawatan 4 tahun mula ditawarkan . Pada bulan September tahun 2014, program pasca siswazah; Sarjana sains (tesis) dan PhD (tesis) dalam bidang kejururawatan mula ditawarkan.

 

Syarat-syarat kemasukan

 

2.1       Pra Siswazah: Bacelor Kejururawatan

 

Semua pelajar- pelajar mesti memenuhi syarat – syarat kemasukan seperti yang

ditetapkan KPM dan Senat UPM, serta memenuhi garis panduan Lembaga

Jururawat Malaysia. Pada masa kini, program Bacelor Kejururawatan UPM tidak

ditawarkan kepada pelajar lepasan Diploma Kejururawatan/ Sains Kesihatan.

 

Untuk pelajar-pelajar tempatan:

Kelayakan minimum STPM

Syarat am universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kertas Julai;

dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang kurangnya:

  • Gred B (NGMP 3.00) mata  

pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred B (NGMP 3.00) dalam

dua

(2) mata pelajaran lain

dan

  • Mendapat sekurang kurangnya

Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET)

 

Syarat Khas Program

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi

dan

Mendapat sekurang kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia dan Matematik

atau

Mendapat sekurang kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia

dan

Mendapat sekurang kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi dan Matematik

 

Kelayakan minimum Matrikulasi dan Asasi

Syarat Am Universiti

Syarat Khas Program

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

dan

Lulus matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM / Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian English University Test (MUET)  

 

Mendapat sekurang kurangnya gred B (NGMP 3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

•             Biologi

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C / 6C pada peringkat   

SPM dalam mata pelajaran berikut:

•             Kimia

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat matrikulasi atau Asasi dalam mata pelajaran berikut:

•             Kimia

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C / 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

•             Biologi

Pelajar antarabangsa:

Syarat-syarat kemasukan pelajar antarabangsa adalah seperti di atas

dan

Pelajar mesti lulus International English Language Testing Services (IELTS) dengan minima 5.5 atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan minima 550

 

 

 

 

 

Program Ijazah Sarjana/ Master Sains (Kejururawatan)

  1. Calon mestilah memperoleh Ijazah/Bacelor yang berkaitan atau kelulusan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas; 
  2. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau dengan bidang yang ditawarkan tidak kurang daripada tiga (3) tahun. 
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau yang setaraf ; dan 

Pelajar Dalam Negara 

  1. Memperolehi Sijil Amalan Tahunan; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan Ijazah atau setaraf. 

 

 Pelajar Luar Negara

  1.  Mempunyai Temporary Practicing Certificate 
  2.  Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya TOEFL 550
  3.  atau IELTS Band 6.0. 

Program Doktor Falsafah (Kejururawatan)

  1. Calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 di peringkat Master Sains atau mempunyai Master Sains dengan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan program yang dipohon tidak kurang tiga (3) tahun. 
  2. Calon yang mempunyai Ijazah / Bacelor Sains dalam bidang yang berkaitan dengan Kepujian Kelas Satu atau PNGK 3.75 layak dipertimbangkan untuk terus masuk ke program Ph.D. 
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau yang setaraf ; 

Pelajar Dalam Negara

  1. Memperolehi Sijil Amalan Tahunan; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan Ijazah atau setaraf

  Pelajar Luar Negara

  1. Mempunyai Temporary Practicing Certificate; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya TOEFL 550  
  3. atau IELTS Band 6.0
Kemaskini Terakhir : Wed, 23 Sep 2015 (yanti)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017