Another great RocketTheme Joomla Template brought to you by the RocketTheme Joomla Template Club.
Email @medic

Username :   

Password :   

 
Dekan FPSK

AMANAT TAHUN BARU 2012

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah izin-Nya maka dapatlah kita bersama-sama mengakhiri tahun 2011 dengan jayanya dan akan mendepani tahun 2012 yang penuh dengan pelbagai perkara yang perlu kita lalui bersama. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga fakulti yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi bersama-sama saya beberapa perkara penting yang terkandung dalam amanat tahun baru saya ini. Sempena tahun baru 2012 ini juga saya ingin mengucapkan “SELAMAT TAHUN BARU” kepada seluruh warga fakulti. Kedatangan tahun baru ini membawa seribu pengertian kepada kita semua dalam membina kecemerlangan. Ini bermakna pada tahun ini kita sepatutnya melonjak beberapa anak tangga lagi dari segi pencapaian kita. Dengan kedatangan tahun baru ini sudah pasti kita perlu bermuhasabah tentang apa yang kita capai.

 

Menjadikan UPM universiti bertaraf dunia telah menjadi sebutan dan tidak ketinggalan juga ianya juga merupakan tanggungjawab bersama warga fakulti dalam merealisisikan impian tersebut. Saya yakin semua warga fakulti sedar tentang matlamat ini. Justeru sempena tahun baru ini, eloklah jika kita amati kembali pengertian sebenar universiti bertaraf dunia yang ingin kita capai supaya kita sebagai warga fakulti dapat sama-sama dapat berkongsi kefahaman dan falsafah yang sama serta dapat mendokongi impian tersebut. Kita sedar bahawa sesuatu kejayaan tidak boleh dicapai dengan mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek kearah kita. Oleh itu kita perlu menanam komitmen yang tinggi dan berusaha tanpa jemu, jadi kedatangan tahun baru ini adalah wake-up call kepada kita kerana perjalanan kita kearah menjadi universiti bertaraf dunia semakin hampir, seharusnya kita warga FPSK juga turut sama berusaha semaksimum mungkin bagi merealisasikan impian tersebut.

 

Kalau dilihat pada tahun 2011 yang lalu kita telah banyak mencipta kejayaan dalam pelbagai perkara dan yang paling penting sekali kita juga telah maju selangkah lagi apabila pihak kabinet telah memutuskan bahawa pihak fakulti dan Hospital Serdang perlu bekerjasama dalam menguruskan hospital tersebut, walaupun kita tidak berjaya untuk mendapatkan sepenuhnya hospital tersebut sebagai Hospital Pengajaran UPM saya yakin ada hikmah disebaliknya.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Kepimpinan Universiti saban masa silih berganti. Namun begitu, cabaran serta hasrat pendidikan tetap terus menerus menagih kecemerlangan. Waktu berlalu, yang menyusuri melinium baru ini, sentiasa disogok dengan harapan menggunung para pelangggan kita, agar UPM menjelmakan suatu kecemerlangan pencapaian yang merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial para pelajar kita. Kecemerlangan ini tidak akan datang bergolek atau melayang ke ribaan kita dengan begitu mudah. Namun begitu, hal ini tidak mustahil untuk dicapai. Harapan yang diimpikan tidak akan menjelma tanpa pengorbanan yang didayakan oleh kemahuan, serta kekuatan dorongan.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Diharapkan semua staf perlu menyemai sikap beretika serta berintegriti dalam menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan seharian sama ada sebagai pegawai akademik mahupun sokongan yang membantu dalam memastikan perjalanan pentadbiran fakulti akan dapat berjalan lancar.

Setiap kakitangan sokongan juga harus mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas (multi tasking) selaras dengan hasrat UPM . Apabila kita berupaya melaksanakan multi tasking banyak tugas boleh dilaksanakan dengan segera tanpa terlalu bergantung kepada staf yang lain, terutamanya bagi kerja yang mudah.

Selain itu kita juga perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan (efficient & effective) kecekapan dalam melaksanakan tugas akan meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pembaziran tenaga kerja, masa dan sumber, sementara keberkesanan hasil kerja akan memberi impak yang positif kepada keseluruhan prestasi fakulti.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Selain itu perbelanjaan secara berhemah juga perlu dititiberatkan untuk tujuan memaksimakan impak yang amat dituntut, sesuai dengan dasar penjimatan yang masih diamalkan sekarang. Ini bermakna, perbelanjaan bukan didorong oleh kerana semata-mata ingin berbelanja atau menghabiskan budget, tetapi menitikberatkan kepada hasil daripada perbelanjaan itu. Selain amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, budaya kerja berpasukan amat sesuai untuk diamalkan. Bak kata pepatah " Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah". Susah senang, suka duka, diharung bersama dalam usaha kita untuk mengangkat imej FPSK, kearah kecemerlangannya. Kita tidak mahu ada di kalangan kita yang berpeluk tubuh, dan pada masa yang sama rakan-rakan lain mencanai idea, membanting tulang memerah keringat, untuk memastikan kecemerlangan FPSK tercapai.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Dikesempatan ini juga saya ini ingin saya berkongsi dengan semua berkenaan program yang telah kita jalankan pada tahun 2011 iaitu Hari Terbuka Bersama Pakar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM di dua tempat iaitu Parlimen Pagoh dan juga Pasir Gudang Johor. Matlamat Program ini adalah memperkasakan penglibatan Fakulti terhadap komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu dengan menjalankan perkhidmatan perubatan primer dan pakar kepada masyarakat luar bandar selaras dengan misi Masyarakat Sihat 1 Malaysia. Memperkenalkan FPSK, UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka yang menghasilkan doktor perubatan untuk kepentingan perkhidmatan kesihatan rakyat dan Negara. dan melaksanakan penyelidikan quasi experimental community-based health human resource empowerment selaras dengan status UPM sebagai universiti penyelidikan disamping merangka strategi untuk mengoptimumkan sokongan pihak kerajaan dan masyarakat dalam usaha memperlengkapkan kemudahan pengajaran dan penyelidikan perubatan seperti pembinaan hospital pengajaran khusus bagi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Saya berharap agar program sebegini dapat dijalankan lagi walaupun dalam skala yang lebih kecil dan mengharapkan semua kakitangan akan dapat memberikan sokongan tidak berbelah bagi untuk menjayakan program-program tersebut bagi memperkenalkan lagi FPSK kepada masyarakat.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Sebelum saya mengakhiri amanat saya ini sekali lagi saya ingin mengucapakan syabas dah tahniah atas kerjasama semua warga fakulti dalam membantu pihak pengurusan fakulti dalam melicinkan proses pentadbiran dan saya juga berharap semoga budaya kerja berpasukan sebegini dapat terus dipupuk dan menjadi tradisi bekerja kita. Sama-samalah kita berdoa agar keadatangan tahun baru ini membawa lebih banyak bibit kejayaan kepada kita dan saya juga mengharapakan komitmen yang berterusan dari semua demi mencapai hasrat kita untuk mencapai kecemerlangan.

 

Sekian, Wassalamualikum warhmatullahi wabarakatuh.

 

Terima Kasih.

 

PROF. DR. NORLIJAH OTHMAN

DEKAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

***********************AKTIVITI FPSK**************************

 

Aktiviti, Seminar, Bengkel dan Persidangan


 Monthly Neuroscience Seminar Series - JANUARY 2012

Date  : 30 January 2012 (Monday)
Time   : 3:00pm-4:00pm
Venue: Dewan Kuliah 6 (DK6), Faculty of Medicine and Health Sciences, UPM.

< More info .. >

    

FIRST WORLD CONGRESS ON HEALTHY AGEING

Date   : 19th - 22nd March 2012

Venue: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

"Evolution: Holistic Ageing in an Age of Change"

              

4TH MALAYSIA TISSUE ENGINEERING AND REGENERATIVE MEDICINE

Date   : 2nd - 4th June 2012

Venue: Langkawi Malaysia

Offical Website - http://www.tesma.org.my

              

 

Pencapaian

 

UCAPAN TAHNIAH

 

Best Oral Presentations 3rd Asia Pacific Conference on Public Health !

  • Faculty students won the Best Oral Presentations at the 3rd Asia Pacific Conference on Public Health :

(1) Prevalence of Hypertension Among Adolescents, Putrajaya, Malaysia 2010-Lekhraj Rampal, Huda  Zainuddin, Faisal Ibrahim, Ng Kai Choon, Nur Izzati Izhar, Farah Izzati Zulkafli, Mohammad Nazrul Ishak

(2) Menarche and associated factors in Malaysia : a cross-sectional school study-Ting Tzer Hwu, Rosliza Abdul Manaf

 

  • Dr. Cheah Pike See, Jabatan Anatomi Manusia di atas pencapaian cemerlang dalam penerbitan terbaru beliau dengan impact factor yang tinggi iaitu 15.470.

Journal               : Molecular Psychiatry (Nature Publishing Group)
Title                    : Neurodevelopmental defects arising from 14-3-3ζ deficiency lead to schizophrenia.
Authors              : Cheah PS, Ramshaw HS, Thomas PQ, Coyle P, Guthridge MA, Stomski F, Lopez AF & Schwarz QP.
Status                : Accepted for publication on 5th October 2011 (manuscript no : 2011MP000530R)

 

  • Anugerah Tesis Cemerlang Sesi Akademik 2010/2011 (Doktor Falsafah) UKM : Dr. Siti Khadijah Adam, Jabatan Anatomi Manusia
  •  Prof. Dr. Rozita Rosli  - Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia selama tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 11 September 2011.
  •  Prof. Dr. Freda A Meah - Profesor Emerita dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •  Dr Rajesh Ramasamy - gold at the recent International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2011 (ITEX 2011)
  • Prof. Dato' Lye has won The Lancet Oncology Editor’s Choice Poster and Oral Presentation Award at the 2011 Asian Oncology Summit in Hong Kong.

 

SENARAI PEMENANG PRPI 2010

Tahniah diucapkan kepada pemenang!!!

 

 

PELUANG KERJAYA


JAWATAN AKADEMIK : PENSYARAH PERUBATAN
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mempelawa semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pengimejan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

PENSYARAH PERUBATAN

Klasifikasi Perkhidmatan    : Perkhidmatan Pendidikan

Kumpulan Perkhidmatan     : Pengurusan dan Profesional (Akademik)

Taraf Jawatan                   : Tetap

Syarat Lantikan:

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

c)    Ijazah Sarjana dalam bidang Radiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

d)    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

      peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan.

(Calon mestilah boleh bekerja dalam kumpulan, seorang yang dinamik dan berminat

dalam bidang penyelidikan dan pengajaran pengimejan)


 

CARA MEMOHON: Borang boleh dimuat turun dari laman web http://www.reg.upm.edu.my/ dan dihantar ke alamat di bawah:

PEJABAT PENDAFTAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR

PERHATIAN :

i.     Permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.

ii.   Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.

JAWATAN AKADEMIK : TUTOR DAN PENSYARAH
Pelawaan kepada calon yang memenuhi kelayakan agar mengisi kekosongan jawatan Tutor dan Pensyarah mengikut bidang di Jabatan Pemakanan dan Dietetik :
 

:: Best View ::

Best View using IE7 or Mozilla Firefox.

:: Disclaimer ::

Universiti Putra Malaysia and Faculty of Medicine and Health Sciences shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
UPM : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan