Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
soalan lazim
KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
1. Program Akademik
  Soalan :

Apakah program-program pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

  Jawapan :

Program-program prasiswazah yang ditawarkan adalah:

  • Program Antarabangsa Pra Siswazah
  • Doktor Perubatan
  • Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
  • Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
  • Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
  • Bacelor Sains (Dietetik)
  • Bacelor Kejururawatan

 Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan

http://www.medic.upm.edu.my/prasiswazah#prasiswazah.

KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
2. Permohonan
  Soalan : Bagaimana hendak memohon program pasca siswazah?
  Jawapan :

Untuk memohon program-program Pasca Siswazah, sila layari laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, UPM melalui pautan http://www.sgs.upm.edu.my/programpengajiansps untuk mengetahui maklumat lanjut.

KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
3. Syarat Kemasukan Program Prasiswazah
  Soalan :

Di manakah saya boleh memperoleh maklumat mengenai syarat kemasukan untuk program prasiswazah?

  Jawapan :

Syarat-syarat kemasukan akademik am  boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.my untuk pengajian prasiswazah.

KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
4. Cara memohon
  Soalan :

Bagaimana hendak memohon program prasiswazah?

  Jawapan :

Untuk memohon program-program pra siswazah sila lawati laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk mengetahui maklumat lanjut.

KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
5. Program pasca siswazah
  Soalan :

Apakah program-program pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

  Jawapan :

Program-program pasca siswazah yang ditawarkan:

Pasca siswazah (Perubatan)

  • Master Perubatan (Anestesiologi)
  • Master Perubatan (Pediatrik)
  • Master Perubatan (Perubatan Dalaman)
  • Master Perubatan (Perubatan Keluarga)
  • Master Perubatan (Psikiatri)
  • Sarjana Perubatan (Patologi)
  • Master Kesihatan Awam

(atau boleh didapati melalui pautan http://www.medic.upm.edu.my/prasiswazah#prasiswazah)

 

Pasca siswazah (Sains Kesihatan)

Program-program Pasca siswazah (Sains Kesihatan) yang ditawarkan adalah program pengajian secara penyelidikan PhD atau Master berdasarkan bidang pengajian yang boleh didapati melalui pautan http://www.medic.upm.edu.my/programpengajian)

KATEGORI : Program Yang Ditawarkan
6. Syarat Kemasukan Program Pascasiswazah
  Soalan :

Di manakah saya boleh memperoleh maklumat mengenai syarat kemasukan untuk program pasca siswazah?

  Jawapan :

Syarat-syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan http://www.sgs.upm.edu.my untuk pengajian pasca siswazah.

KATEGORI : Misi dan Polisi Kualiti
1. Misi dan Polisi Kualiti
  Soalan : Apakah misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?
  Jawapan :

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

KATEGORI : Misi dan Polisi Kualiti
2. Polisi Kualiti
  Soalan : Apakah dasar kualiti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?
  Jawapan :

Untuk melahirkan graduan yang unggul dalam bidang perubatan dan sains kesihatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksana berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti yang sentiasa dipertingkatkan keberkesanannya selaras dengan MS ISO 9001:2008.

 
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017