FPSK NAIB JOHAN PERTANDINGAN URBAN AGRICULTURE SEMPENA EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN KE-40 UPM 2016 20 Oktober 2016 - sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM kali ke-40, satu pertandingan Pertanian Bandaran Antara PTJ UPM yang dianjurkan bersama oleh Taman Pertanian Universiti, Pusat Transformasi Komuniti Univetsisi, Fakulti Pertanian dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah berlangsung. Pertandingan ini menekankan konsep tanaman tegak dan mengutamakan tanaman seperti sayuran berbuah/berdaun, herba, ulam-ulaman dan rempah-ratus. Penggunaan bahan terpakai seperti botol, tin dan lain-lain serta integrasi tanaman dengan ternakan merupakan salah satu daripada aspek yang dinilai. Sesi penilaian untuk telah dijalankan dan sukacita dimaklumkan bahawa pasukan dari FPSK telah berjaya meraih naib johan bagi pertandingan tersebut.
|
Disediakan oleh Izarul Hakim Rahmad |
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.