Larian Amal Young Scientist Day 2017 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Larian Amal Young Scientist Day 2017

Larian Amal Young Scientist Day 2017

Larian Amal YSD (Young Scientist Day) telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 18 November 2017. Pengerusi Program Larian Amal YSD, Dr Sandra Maniam memaklumkan bahawa acara yang berlangsung di Bukit Ekspo, UPM ini berjaya mengumpulkan 700 peserta yang terdiri daripada kategori 3,5 dan 10 km. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi aktiviti tahunan Young Scientist Day di samping menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan komuniti. Majoriti peserta adalah terdiri daripada penduduk sekitar Lembah Klang dan komuniti UPM. Acara Larian Amal YSD dimulakan dengan acara Zumba sebagai sesi memanaskan badan. Ini disusuli dengan acara melepaskan peserta larian secara berperingkat dimulai dengan kategori 10 km, 5 km dan diakhiri dengan kategori 3 km. 

 

Apa yang menarik setiap kategori larian dikhaskan warna baju berlainan iaitu merah jambu bagi 3 km, biru untuk 5 km dan hijau untuk 10 km. Ini memberikan pemandangan yang ceria berwarna-warni disamping suasana landskap UPM yang segar dan hijau.  Kehadiran kanak-kanak yang turut dialu-alukan bagi penyertaan keluarga turut menambah keceriaan dan keriangan sepanjang program ini. Tidak ketinggalan, Timbalan Naib Canselor Akademik UPM, YBhg Profesor Dr. M. Iqbal Saripan telah turut sama menyertai larian amal ini bersama dua orang anak beliau. Turut hadir memberikan sokongan ialah Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, YBhg Profesor Dato' Dr. Abdul Jalil Nordin dan Timbalan Dekan (Siswazah dan JINM), Profesor Madya Dr. Samsul Bahri Md. Tamrin. Seusai program larian, sesi sembang santai bersama atlet-atlet Sukan SEA dari UPM yang menjadi kebanggaan semua iaitu Johnathan Wong Guanjie (acara menembak), Zylane Lee (acara renang berirama) dan Mohd Hazrul Faiz Ahmad Sobri (hoki) yang dikendalikan oleh dua orang pelajar telah diadakan. Para atlet turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para peserta larian. Ikuti laman Facebook Young Scientist Day - YSD UPM Official atau Instagram - @ysdcharityrun2017 untuk melihat lebih banyak gambar/video. 

 

 

 

Tarikh Input: 23/11/2017 | Kemaskini: 23/11/2017 | zimah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389472300
0389472585
C1537388836