Sesi "Through the lens of international relief: Self-actualization and contribution" |
||||
4 November 2016 |
||||
SERDANG - Dr Chee Hui Yee, Pensyarah Kanan dari Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan telah mengadakan sesi perkongsian bersama pelajar baru Kolej 17 pada 4 November 2016. Beliau telah berkongsi tentang pengalaman dan kepakaran beliau dalam menyertai International Relief kerjasama NGO di peringkat antarabangsa dibawah Tzu Chi Foundation. | ||||
|
||||
Tajuk perkongsian ialah "Through the lens of international relief: Self-actualization and contribution". Beliau menggunakan lima teknik perkongsian iaitu melalui pengalaman (Stimulating aktiviti), Story-telling (video mengenai bencana alam dan bencana yang dibuat oleh manusia), Introspection (bertanya soalan berkaitan dengan video, bencana dan keadaan semasa), Reflection (pengalaman-pengalaman dalam International Relief) dan Life Practice (apa yang boleh pelajar universiti lakukan). Bantuan antarabangsa termasuk di Taifun Haiyan di Filipina, gempa bumi di Nepal, kem-kem pelarian Syria di Serbia dan kejadian banjir di Perancis. | ||||
|
||||
Di akhir perkongsian, beliau telah menjalankan simple game dan diiringi dengan lagu. Tujuan perkongsian adalah untuk menggalakkan remaja dan pelajar universiti untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan di samping belajar. |
Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdrizan
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.