UPM JUARA PERTANDINGAN NORTH BORNEO’S INTERVARISITY SURGICAL QUIZ COMPETITION SEMPENA KONFERENS SABAH SURGICAL CONFERENCE 2023 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » UPM JUARA PERTANDINGAN NORTH BORNEO’S INTERVARISITY SURGICAL QUIZ COMPETITION SEMPENA KONFERENS SABAH SURGICAL CONFERENCE 2023

UPM JUARA PERTANDINGAN NORTH BORNEO’S INTERVARISITY SURGICAL QUIZ COMPETITION SEMPENA KONFERENS SABAH SURGICAL CONFERENCE 2023

SERDANG, 3 Jun – Buat julung kalinya Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan pertandingan “North Borneo Intervarsity Surgical Quiz Competition” sempena konferens ‘Sabah Surgical Conference 2023’ anjuran Sabah Surgical Society’. UPM telah menjuarai pertandingan ini di mana penyertaan oleh Saudari Foong Wei Ern, Saudari Chang Chen Yue, Saudari Nurhanani binti Masjuki, Saudara Pang Kin Seng dan Saudara Shivadharshan Naidu Pelajar Perubatan Tahun 5, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dengan penyeliaan dan bimbingan oleh Dr. Ahmad Al-Hafeez Ahmad Zaidi, Pensyarah Perubatan, Jabatan Surgeri. Pertandingan ini disertai oleh enam (6) pasukan di antara universiti-universiti tempatan, bertujuan untuk menguji pengetahuan pelajar perubatan berkenaan bidang pembedahan. Pemenang membawa hadiah RM1,000.00 dan hadiah disampaikan oleh Dr. Chuah  Jitt Aun, Pakar Perubatan, Jabatan Pembedahan Am, Hospital Queen Elizabeth di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah. Kemenangan ini membuktikan UPM komited dalam menghasilkan graduan yang berketrampilan dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Oleh : Nurhaslinda binti Karim

           Nur Syakira Karim

 

Tarikh Input: 13/06/2023 | Kemaskini: 13/06/2023 | aisamuddin_ahmad

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEbQA0~