Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan Dan Hal Ehwal Pelajar) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» MENGENAI KAMI » TIMBALAN DEKAN » Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar)

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar)

Kata-kata aluan Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan HEPA)

Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Datang diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Pertama sekali kami di Bahagian Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda menjejakkan kaki ke Kampus Hijau, UPM ini bagi menimba ilmu untuk memenuhi impian diri dan keluarga tercinta.

Adalah menjadi misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan professional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.  Oleh itu pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dalam program pengajian yang diikuti disamping kemahiran insaniah yang lain seperti kebolehan memimpin, berkomunikasi, serta dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Ini akan diperolehi melalui kurikulum program yang diikuti disamping penglibatan aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan dan kelab pelajar di fakulti yang dipantau oleh unit ini.

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi  pencapaian akademik bahkan melalui penglibatan pelajar di dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum ini. Ini selaras dengan objektif fakulti untuk menyediakan tenaga terlatih dalam bidang perubatan, bioperubatan, pemakanan dan lain-lain bidang sains kesihatan yang dapat berkhidmat dengan masyarakat dan juga negara.

Anda sebagai mahasiswa, gunakanlah peluang yang ada dikampus hijau ini sepenuhnya untuk membina dan membentuk sahsiah diri yang dapat menjadikan anda insan yang lebih cemerlang dan dapat menyumbang kearah kemajuan agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto UPM, iaitu “BERILMU BERBAKTI”.

 

Terima kasih

PROF. DR. BARAKATUN NISAK MOHD YUSOF
Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan & Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Tel: 03 9769 2606
Emel: bnisak@upm.edu.my

 

 

TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK SAINS KESIHATAN DAN HAL EHWAL PELAJAR)
   

NAMA Profesor Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof
JAWATAN Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan & Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
EMEL bnisak@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2606
   
SETIAUSAHA
   

NAMA Puan Nurul Amirah Abd. Hamid
JAWATAN Setiausaha
EMEL nurulamirah@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2606
   
PENOLONG PENDAFTAR
   

NAMA Puan Nurhaslinda Karim
JAWATAN Penolong Pendaftar Kanan
EMEL nurhaslinda_upm@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2017
   
STAF PELAKSANA
 
NAMA Encik Muhammad Hakimi Suhaimi
JAWATAN Pembantu Tadbir (P/O)
EMEL hakimi.s@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2329
NAMA Puan Nur Syakira Karim
JAWATAN Pembantu Tadbir (P/O)
EMEL nursyakira@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2329
UNIT PENGURUSAN MAKMAL
NAMA Puan Nor Aidah Abdullah
JAWATAN Penolong Pegawai Sains
EMEL abaidah@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2765

 

Kemaskini:: 05/03/2024 [hakimi.s]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEbJAE~