| FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
senarai pengumuman terkini

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Sains Pemakanan? 🧑🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Ambilan Oktober Sesi 2023/2024 telah dibuka!

HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PENGAJIAN MASTER IN NUTRITIONAL SCIENCES OLEH FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Program Master in Nutritional Sciences adalah program Master Sains Kerja Kursus (MSKK) yang menawarkan topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan.

Program sepenuh masa ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Kursus ini juga adalah untuk melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut khususnya dalam bidang pemakanan.

  1. Program selama satu tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan Disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja atau hujung minggu.

📌Tarikh akhir permohonan:

🔸Untuk bermula pada bulan Oktober 2023, mohon sebelum 30 Jun 2023 (bagi pelajar antarabangsa) / 31 Julai 2023 (bagi pelajar tempatan)

 

Untuk maklumat lanjut:

⏩ https://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_coursework/faculty_of_medicine_and_health_sciences-1423

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program

Prof. Dr. Loh Su Peng

📲 03-97692432 / 03-97692459

📩 medic.mnscoordinator@upm.edu.my

 

Cadangan pembikinan Coffee Table Book adalah salah satu aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 FPSK (1996-2021) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Buku ini bertujuan memberi maklumat sejarah fakulti kepada warga FPSK khasnya dan warga UPM amnya. Ia berfungsi untuk memberi maklumat dan memperingati sejarah penubuhan FPSK ke tahap pencapaian sehingga tahun 2021.  Coffee Table Book FPSK  ini dapat mengimbas kembali memori, pengalaman dan kenangan dari pelbagai sudut kepada warga fakulti dalam bentuk helaian yang boleh diakses secara mudah oleh semua pihak. Buku ini telah siap sepenuhnya dan telah dicetak. Setiap warga fakulti perlu memiliki senaskhah buku untuk dijadikan rujukan dan kenangan sepanjang zaman.  Diharap setiap warga fakulti menghargai usaha menerbitkan Coffee Table Book FPSK sempena 25 tahun penubuhan FPSK yang sulung seumpanya di FPSK.

 

Untuk mendapatkan buku ini, tuan/puan boleh mengimbas kod seperti yang tertera pada poster atau link di atas.  Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pn. Fadzlina Amir Shapuddin (Pengerusi Sidang Redaksi) di 03-97692727 atau En. Mohammad Hafizi Shafie (AJK Sidang Redaksi) di 03-97692602.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) akan sentiasa menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan kami kepada para pelanggan. 

Oleh itu pihak FPSK ingin menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) di pautan berikut:

PRASISWAZAH: https://forms.gle/3YAF5CEGKannTVgj9
SISWAZAH: https://forms.gle/KJF1rJBpAwDF9zb19
PENYELIDIKAN DAN INOVASI: https://forms.gle/VoFDByPxUe7JUBtR9
PERKHIDMATAN SOKONGAN: https://forms.gle/UEFKybprRfXeBB596

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:
 
 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 

Tarikh: 2 Jun 2023 (Jumaat)
Masa:  9.00 pagi hingga 4.30 petang

Lokasi: Semua Jabatan, Makmal, Pejabat Dekan (Pej.Timbalan Dekan/Pej. Am Dekan) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
 
Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 

Tarikh: 12 hingga 16 Jun 2023 (Isnin-Jumaat)
Masa:  9.00 pagi hingga 4.30 petang

Lokasi: Semua Jabatan, Makmal, Pejabat Dekan (Pej.Timbalan Dekan/Pej. am Dekan) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
 
Sehubungan dengan itu, semua warga FPSK diminta membuat persediaan meneliti, menyemak, mengemaskini semua dokumen dan perkara yang berkaitan berdasarkan prosedur garis panduan, arahan kerja, senarai semak dan keperluan MS ISO  serta memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada juruaudit bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti FPSK mematuhi piawaian yang berkuatkuasa di UPM.
 

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan? Ambilan Oktober Sesi 2023/2024 telah dibuka!

HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN MASTER KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK),
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Program Master Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan adalah program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) yang akan mendedahkan pelajar kepada aspek pelbagai disiplin Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada dasar dan perundangan global dan tempatan, toksikologi, higen industri,ergonomik, sistem pengurusan dan aspek kejuruteraan dalam pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.

Program sepenuh masa ini dibentuk supaya graduan boleh menggunakan kemahiran berfikir saintifik dan kritis yang diperoleh untuk menjalankan penyelidikan di tempat kerja mereka sendiri dengan penyeliaan yang minimum untuk menghasilkan keputusan berasaskan bukti.

  1. Program selama 1.5 tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 43 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 15 jam kredit kursus wajib, 15 jam kredit pengkhususan, 6 jam kredit elektif dan 7 jam kredit projek penyelidikan. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja
    atau hujung minggu.

Tarikh akhir permohonan:
Untuk bermula pada bulan Oktober 2023, mohon sebelum 30 Jun 2023 (bagi pelajar antarabangsa) / 31 Julai 2023 (bagi pelajar tempatan)

 

Brosur untuk bakal pelajar 
https://drive.google.com/file/d/10qLeth2ehF9VKRtfRVG0D3uBbG3sSX0T/view 

 

Untuk maklumat lanjut dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program:

Dr. Nor Eliani Ezani
masterkpp.medic@upm.edu.my

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Sains Pemakanan?

 

Ambilan Oktober Sesi 2024/2025 telah dibuka!

 

Program Master in Nutritional Sciences adalah program Master Sains Kerja Kursus (MSKK) yang menawarkan topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan.

 

Program sepenuh masa ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Kursus ini juga adalah untuk melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut khususnya dalam bidang pemakanan.

 

  1. Program selama Satu Tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Sesuai untuk anda yang bekerja
  3. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan Disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif.
  4. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja atau hujung minggu.

 

Tarikh akhir permohonan:

 

Kemasukan Oktober Sesi 2024/2025, mohon sebelum 31 Julai 2024 (bagi pelajar tempatan) / 30 Jun 2024 (bagi pelajar antarabangsa)

 

Untuk maklumat lanjut:

https://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_coursework/faculty_of_medicine_and_health_sciences-1423

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program:

 

Prof. Dr. Norhaizan Mohd Esa

03-97692427 / 03-97692459

medic.mnscoordinator@upm.edu.my

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEbIAc~