Master Kesihatan Awam

PENGENALAN

Dunia hari ini berhadapan dengan ancaman kesihatan yang mencabar yang terdiri daripada pelbagai penyakit yang baru dikesan atau kemunculan semula penyakit yang sediada. Perubatan kesihatan awam merupakan disiplin pencegahan penyakit dan mempromosi kesihatan melalui penglibatan masyarakat, organisasi, awam dan swasta dan individu.

Program ini menyediakan pelajar untuk menangani cabaran-cabaran ini melalui kaedah disiplin yang menggabungkan pengetahuan terkini kesihatan awam, pemikiran rasional dan membuat keputusan, profesionalisme, etika dan kerjasama. Master Kesihatan Awam yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia pasti akan membantu pelajar dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan penduduk. Program ini merangkumi semua bidang utama dalam bidang perubatan kesihatan awam seperti epidemiologi, statistik perubatan, pengurusan perkhidmatan kesihatan, promosi kesihatan, kesihatan keluarga, perubatan alam sekitar dan perubatan pekerjaan.

Program ini bertujuan untuk melahirkan profesional perubatan dan kesihatan yang mempunyai asas yang kukuh dalam bidang perubatan kesihatan awam, serta latihan dan persediaan yang cukup untuk mengambil khusus dan / atau disiplin khusus sub kepakaran mereka sendiri.

 

STRUKTUR KURIKULUM

SEMESTER PERTAMA:

-Kerja Kursus Teras dan penilaian Kursus Teras Perubatan Kesihatan Awam.
-Latihan Amali Perubatan Kesihatan Awam

SEMESTER KEDUA:

-Kerja Kursus Elektif dan penilaian Kursus Elektif Perubatan Kesihatan Awam
-Disertasi dan penilaian disertasi.

KAEDAH LATIHAN:

Pengajaran menggunakan kaedah:
-Kuliah
-Pembelajaran berpusatkan pelajar
-Latihan amali di klinik kesihatan, pejabat kesihatan hospital dan institusi kesihatan
-Lawatan
-Kajian kes dan laporan kes
-Seminar
-Penyelidikan dan penulisan disertasi
-Peluang Pembelajaran

JUMLAH KREDIT:

Sepanjang 12 bulan, pelajar dikehendaki memenuhi keperluan 45 kredit.

 

SYARAT KEMASUKAN

Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:

1. Memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS atay MBBCh) atau lain-lain ijazah yang setara dari UPM atau mana-mana universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Senat.

2. Pelajar luar negara dikehendaki mengemukakan dokumen yang setara untuk pertimbangan Senat.

3. Memenuhi syarat-syarat yang kemasukan yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).

 

YURAN

Struktur Yuran 

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Dr. Zawiah Mansor, Jabatan Kesihatan Komuniti

No Telefon              : 03-9769 2424

 Mohon disini